Apabila saya memegang buku berjudul 'Tirani' ini buat pertama kali, saya berasa agak berbelah bagi. Siapakah Tirani ini?
Aktiviti prabaca tidak mendedahkan siapa Tirani apabila saya meredah sinopsis ringkas di kulit belakang novel tersebut.
Saya pun mula membaca. Pelbagai nama terlintas. Ceritanya bergerak lancar. Tirani tidak muncul muncul lagi.
Begitu asyik saya mencari si Tirani, saya lupa menghadamkan intipati plot dalam novel terpilih SPM ini.
Dalam kekeliruan saya berhenti membaca. Saya meletakkan buku itu jauh-jauh.
Selepas beberapa hari, saya mengambilnya balik. Saya mula membaca tanpa prejudis.
Hampir dua per tiga cerita sudah dibaca barulah saya dipukul ombak kesedaran.
Aduhai, sebenarnya Tirani ini bukannya nama orang! Tirani datang daripada perkataan Bahasa Inggeris, 'Tyranny'.
Masakan saya begitu daif?
Saya bersoal jawab dengan beberapa anak murid saya. Mereka sebenarnya tidak tahu asal usul nama novel ini bahkan mereka langsung tidak tahu erti perkataan 'Tyranny' dalam Bahasa Inggeris.
Saya terfikir berapa ramai anak-anak kita keliru dan tidak perasan kaitan nama dengan cerita di dalam novel yang serba menarik ini.
Kemungkinan guru yang mengajar sastera tahu tentang perkara ini tetapi ramai guru yang mengajar subjek Bahasa Malaysia umpama bidan terjun. Mereka bukan guru opsyen malah terpaksa mengajar semua komponen dalam bahasa termasuk Komsas kerana kekurangan guru.
Masa yang diperuntukkan untuk Komsas pula agak terhad.
Dalam era sekarang di mana penggunaan telefon pintar dan gajet kian berleluasa, bilangan pelajar yang meluangkan masa membaca dan menganalisa keseluruhan novel ini sangatlah kecil.
Untunglah bagi pelajar di bandar yang mampu menghadiri kelas bimbingan.
Kumpulan pelajar di kampung yang banyak masa untuk membaca juga bernasib baik dapat membaca dan menghayati novel ini.
Saya cukup bimbang memikirkan nasib golongan yang kurang. Kurang minat, kurang kemampuan, kurang inisiatif.
Bagaimana agaknya kualiti Komsas nanti?

No comments:
Post a Comment