Tuliskan cara-cara menjaga kesihatan diri
Menjaga kesihatan diri ialah mencegah diri daripada dijangkiti penyakit. Ia merupakan faktor terpenting dalam membentuk hidup yang sihat dan sejahtera. Terdapat beberapa aspek penting yang harus diutamakan untuk menjamin kesihatan diri yang optima.
Kebersihan merupakan aspek terpenting dalam menjaga kesihatan. Kita mestilah menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita juga perlulah mandi dengan menggunakan sabun dan syampu untuk membersihkan kulit dan rambut kita. Kita juga haruslah memastikan kuku jari dan kuku kaki dipotong pendek dan dijaga kebersihannya.
Makanan seimbang sangat penting untuk memastikan kesihatan diri terjamin. Pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak akan meningkatkan imuniti badan. Pemakanan makanan berkanji, protein dan lemak mengikut piramid makanan akan memastikan pembesaran dan kesihatan optima dicapai.Masalah obesiti juga boleh dikawal. Minum 10 gelas air sehari juga amat penting untuk menjaga kesihatan diri. Ini akan mengawal suhu badan kita.
Selain daripada menjaga kebersihan dan pemakanan yang baik, kita juga harus bersenam dengan kerap. Mempunyai hobi yang menyebabkan kita berpeluh dengan banyak adalah baik untuk diri kita.
Seterusnya, tidur dan rehat yang cukup sangat penting untuk menjadikan hidup kita sihat. Tanpa tidur yang secukupnya kesihatan sememangnya akan terganggu. Seseorang murid perlu tidur untuk sekurang-kurangnya lapan jam sehari.
Apabila kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga kebersihan diri secara optima, makan makanan seimbang, minum air yang cukup, bersenam serta berehat dengan secukupnya serta mengamalkan aktiviti berekreasi secara berkala, hidup kita pasti akan bahagia dan sejahtera.

This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebagus
ReplyDeleteAshiapp
ReplyDeleteGooGo
ReplyDeleteGood
ReplyDelete👍
mantapp
ReplyDelete