Kamu dan rakan kamu berbual-bual tentang masalah disiplin remaja yang semakin membimbangkan. Tulis dialog antara kamu dengan rakan kamu itu.
Arul: Hai, Ramli! Selamat pagi. Kamu sudah habis makan?
Ramli: Sudah tentu, Arul. Loceng akan berbunyi sekejap lagi.
Arul: Ya, memang betul. Eh, Ramli! Kenapa si Shamsul didenda di khalayak pagi tadi? Apa kesalahannya?
Ramli: Hai, Arul! Awak tidak mendengar senarai kesalahan yang dibacakan oleh guru disiplin sebelum mendendanya ke? Shamsul telah merosakkan kereta Pn Rohana kerana Pn Rohana telah menegurnya di kelas. Shamsul banyak masalah disiplin. Dia sering ponteng sekolah dan pernah ditangkap merokok pula.
Arul: Oh, begitu! Memang kebelakangan ini masalah disiplin amat membimbangkan di kalangan ramaja. Amat menyedihkan! Kenapa boleh terjadi begini, Ramli?
Ramli: Yalah, Arul. Ibu bapa pada masa kini terlalu sibuk mencari wang sehingga gagal menumpukan perhatian kepada anak-anak mereka. Kerana kurang perhatian, remaja menjadi lali dan tidak berdisiplin.
Arul: Memang betul kata awak. Remaja yang terbiar menjadi lebih liar. Apabila seronok dengan kebebasan mereka mula ingkar kepada peraturan dan nasihat orang tua. Mulalah mereka ponteng sekolah. Apabila dipaksa pergi ke sekolah mereka pun membuli rakan dan melawan kata guru kerana mereka benci datang ke sekolah.
Ramli: Betul kata awak, Arul. Dengan kebebasan yang baharu ini mereka juga mencuba untuk merokok dan membuat aktiviti-aktiviti lain yang tidak berfaedah.
Arul: Akibatnya, pelajaran mereka merosot. Sikap mereka ini bukan sahaja memalukan ibu bapa tetapi juga menjadikan hidup pelajar itu sendiri musnah.
Ramli: Hmmm. Tepat sekali penjelasan awak Arul. Janganlah kita terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang akan memundurkan kita nanti. Eh, loceng sudah berbunyi. Mari kita masuk kelas mengikut masa.
Arul: Sudah tentu, Ramli. Masa itu kan emas.

super diolog
ReplyDelete