Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga mengunjungi kampung datuk saya yang terletak di Pahang. Sehari sebelumnya, saya dan kakak mengemas barang keperluan kami seperti pakaian, berus gigi dan kasut.
Pada hari itu, kami bertolak ke kampung. Pada pukul 8 pagi, kami pun menaiki kereta bapa untuk ke sana. Kami melonjak kegembiraan seperti tikus yang jatuh ke dalam beras.
Kami tiba di kampung pada pukul 2 petang. Suasana di kampung kelihatan indah nian.
Saya melompat terkinja-kinja melihat datuk dan nenek. Kami menjamu selera dengan nasi dan gulai ikan yang disediakan oleh nenek. Ibu memberi buah tangan kepada nenek. Saya dan datuk berbual-bual dengan gembira.
Pada hari keduanya, datuk dan nenek membawa kami ke dusun datuk. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan seperti durian, nangka, rambutan dan manggis. Saya membantu untuk mengutip buah rambutan. Datuk mengopek sebiji buah durian untuk kami.
Pada petangnya pula, datuk membawa saya ke sungai untuk memancing ikan. Datuk mengajar saya cara memancing ikan. Saya memancing dengan gembira. Selepas beberapa jam, saya mendapat seekor ikan yang besar.
Akhirnya pada hari ketiga, kami pun pulang ke Kuala Lumpur dengan hati yang berat. Saya berdoa kepada Tuhan agar datuk dan nenek hidup sejahtera selalu.

No comments:
Post a Comment