Salam,
Pada 11 April 2017 saya telah menaiki keretapi ke Segamat. Selepas tinggal di sana semalaman, saya pergi ke stesen keretapi Segamat untuk menaiki keretapi ke Gemas untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Setibanya di stesen, saya menyedari bahawa tiket saya silap tarikhnya.
Saya pun menemui kerani di kaunter tiket untuk membetulkan kesilapan pada tiket saya itu.
Kerani meminta saya membeli tiket baru. Saya menerangkan bahawa kerani tiket di stesen Sentral Kuala Lumpur tersilap menaip tarikh pada tiket saya. Kenapa pula saya perlu membeli tiket baru?
Saya seorang pesara kerajaan. Hidup menyara diri dengan pencen yang tidak seberapa.
Kerani KTM di stesen Segamat masih berdegil supaya saya membeli tiket baru.
Dengan hati yang berat saya membeli tiket lalu menaiki keretapi. Sepanjang perjalanan ke Gemas, saya cuma terfikirkan perkara ini.
Tiada pegawai yang memeriksa tiket saya. Kalau saya mengamalkan sikap acuh tak acuh dan terus menaiki keretapi tanpa cubaan memperbetulkan kesilapan teknikal kerani KTM Sentral Kuala Lumpur, saya tidak akan kehilangan wang saya.
Tetapi itu sudah tentu bukan tindakan yang jujur. Hati kecil saya sudah pasti tidak akan melepaskan tindakan sebegitu.
Minda memikirkan apakah sebenarnya tindakan yang patut telah diambil oleh kerani KTM di Segamat.
Saya rasa di sini, kita harus melihat aspek budi bicara kerani itu. Sekiranya kerani tersebut telah mengambil keputusan untuk mengamalkan sikap berbudi bicara tanpa prejudis, mungkin beliau telah memberitahu saya untuk menaiki keretapi tanpa bayaran. Mungkin beliau tidak ingin bertolak ansur kerana saya berbangsa India.
Bagi pihak diri saya, saya telah bertindak dengan jujur dan waras. Cuma hati saya berat.
Saya harap pihak KTM tidak cuai semasa mencetak tiket. Kerana konsekuensinya ditanggung oleh penumpang dan bukan pihak KTM.

No comments:
Post a Comment