Pada masa kini, Internet memainkan peranan yang penting dalam kehidupan murid. Namun Internet perlulah digunakan secara terkawal kerana ia banyak membawa keburukan.
Antara keburukan Internet ialah murid menjadi insan yang individualistik. Murid terlalu banyak menghabiskan masa dengan menggunakan Internet sehingga lupa mencari kawan. Ini menjadikan dunia murid terlalu sempit.
Seterusnya, Internet memerangkap minda murid dengan permainan-permainan yang menjadikan mereka lalai dan mengabaikan pelajaran.
Selain daripada itu, kes ponteng dan melepak akan meningkat kerana murid leka dan menjadi hamba kafe siber lalu enggan pergi ke sekolah.
Akhirnya, kes-kes jenayah akan bertambah kerana murid mungkin akan mencuri untuk menampung perbelanjaan pembelian data Internet.
Tuntasnya, murid wajarlah menggunakan Internet dengan pantauan ibubapa agar pembelajaran tidak terganggu serta tidak terjebak ke dalam gejala negatif sehingga hidup terbinasa.

No comments:
Post a Comment