Thursday, 19 January 2017

ulasan- Cara-cara mengulangkaji pelajaran dengan berkesan

Gambar menunjukkan cara-cara mengulangkaji pelajaran dengan berkesan. Antara cara-caranya ialah dengan menelaah pelajaran di bilik sendiri untuk mengingati apa yang telah dipelajari di sekolah.

Selain daripada itu, kita juga hendaklah pergi ke perpustakaan supaya dapat merujuk bahan rujukan tambahan di sana.Seterusnya, kita bolehlah berbincang dalam kumpulan supaya dapat bertukar-tukar idea.

Di samping itu, wajarlah kita mendapatkan nota-nota tambahan dengan melayari internet. Nota-nota ini akan membantu kita memahami apa yang dipelajari.

Sementelahan, kita juga patutlah mendapatkan penjelasan daripada guru untuk segala keraguan kerana ini akan menolong kita memahami apa yang dipelajari.

Tuntasnya, seseorang yang rajin mengulangkaji pelajaran dengan berkesan akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

1 comment: