Tuesday, 29 March 2016

Belief and believe

Sitting through a fast I'd think the day  seemed quite unexciting without having the eating agenda.

The day usually started with plans for breakfast. After working for some hours the next natural thing was to think of lunch. Followed by tea break then dinner.

Though the day looked empty and uninteresting, the fast continued.

I myself wonder why i do it.

Why i stay without food? Why starve till I'm dizzy and weak.

It's simply a state of belief. I believe that it strengthens me. Perhaps my belief made me believe.

Most importantly i need to be strong. Strengthen myself from people. People always hurt me.

I have no idea why. I don't know what makes them tick. Why do they behave as they do? Don't they think before they leap? Don't they feel disgust at hurting others?

My natural reaction should be retaliation. But unfortunately it doesn't happen that way.

I rationalize my actions and its consequences. I pause and think. I ask the power within for logic.

I request for answers from the cosmic energy. I weigh all aspects. I pray.

Instead of trying to dissect others and discovering them I decide to build my defense.

Strengthen my immunity against hurt and pain.

Sometimes my decision seems all wrong. I might revert from my orbit. Run back to that pain and hurt.

No policy lasts. Decisions change. Mind gets confused.

 In the midst of a fast i reach a sense of surrender. I give up.

I listen to the drums and the songs. I feel peace.

But drums and songs cannot fill a full day. Reality always knocks on the head. Hard and brutal.

 I plead to the universe to envelop me into its arms and absorb me into it.

It's easier to give up on humanity. To just cling on to myself and my beliefs.

Something out there will save me. I believe so.

So, I fill my time with all that i can do. Zumba, Latin, Bharatham, karate, kalaripayattu, work and work and work.

 I keep marching step by step, step by step towards higher grounds.

Though unknown it's still higher ground.

When some tell me that I'm extraordinary, I realize i am. Not for their obvious reasons but for what I've sacrificed myself for.


The Tamil Hypocrisy.

Recently, I found a book on the bookstore stand.  i flicked through the pages of the book which dictates ways to better educate neglected Tamil children.

Looking at the author’s name at the back page i wanted to roll and laugh.

This person who was preaching this and that doesn’t practice what he preaches. I remember this person as someone who terrorizes the classroom.

 Children take leave and refused to attend this particular teacher’s class.

The abuse that one person caused to the many children is horror. Smashing faces onto the wall. Knocking heads onto the table.

The verbal abuse sprayed  itself speaks volumes on the specs character.

A voice from within chimed mercy, child. Think no malice. Practice good. I put the book back and walked towards my car.

If i have a voice in the ministry, I would abolish the system created for the Tamil schools.

I don't wish to quote the hindrances and measures needed to be taken as I've already written two articles based on these woes.

There are simply too many hurdles to face which cause hindrances for Tamil children. I would prefer to have a Malaysian school where my children grow as Malaysians.

It doesn't matter if some label me as a betrayer of my race. I'm on my own salvaging Tamil children contaminated by the so called saviors of the community.

I have my own regime of 25 children whom i groom and raise to excellence.

Today we are cleaning lice infected hair. I would prefer to trim long sticky tangles and make them more manageable but culture declines my approach.

Teaching these kids cleanliness, to wash and cleanse methodically and watching them walking with heads held high with newer confidence, smelling good, looking cool, is the best price one can strike.

It's a step by step approach. Every discovery is a learning process for my children. They discover how it feels to smell good. They realise the beauty of looking majestic and neat.

Most importantly they just realized how it feels to be confident.

It's going to be a continual process. Children will come and go after a metamorphic experience, like a caterpillar emerging as a butterfly.

I recently made a promise to a headmaster in a school in Allappiddy, Jaffna that i will come back soon to teach children there.

I intend to do more from Allappiddy,  to Calcutta, which has been my very first dream.

There have been many transformations. I've lost count of the many children I've met but i know my journey is still a long one.

Thursday, 24 March 2016

Random

Farouk and I walked around Kota Raya. It was quite congested. We were looking for someone. A mother. Of a student.

Any idea where she will be Farouk?
          Random Miss, random.

           What does she do, Farouk?

            She sells lemongrass.

            Oh! How much can she sell that for?

            Random Miss, random.

            Can she make money by selling lemongrass? It's quite cheap. She probably needs to sell many per     day?

            Everything is random Miss, random.

             I don't understand Farouk. Why do you keep saying that?

             Our life is like that. One day we sell stuff here. Another day we sell stuff elsewhere. We cannot work in one place. The Municipal Council chases us, the Immigration officers are after us, even the police. Everything is random.

              Some months we stay in one place, some other months we stay elsewhere. Sometimes we don't have a place to stay. When we sleep in the streets, they are after us too. So, even that is random, where we stay! Food we eat, also random!

              Nothing is for good Miss! Everything is random! That's why I want to study good. Go to the university and change this random.

               I just stood speechless, not able to swallow as a big bubble of pain blocked my airline. For now I could only emphasize that I exist for him and the others. Promise my service for them.


surat pembaca



Apabila saya menulis artikel Terima hakikat kelemahan SJKT, saya  mengikut naluri berdasarkan kebenaran. Tujuan saya menulis artikel tersebut hanyalah satu. Demi kemajuan anak bangsa saya. 

 Saya mengimpikan satu impian anak Malaysia. Anak Malaysia ini sudah tentu akur kepada Laporan Hussein Onn yang menekankan Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara dan bahasa Inggeris pula dijaga kepentingannya sebagai bahasa antarabangsa. 

Saya tidak berniat merendahkan atau mengganggu perkembangan bahasa ibunda saya, iaitu Bahasa Tamil. Setiap tahun saya membantu ibu bapa murid-murid saya untuk memastikan anak-anak mereka mendapat kemudahan menghadiri kelas POL di sekolah menengah mereka. Setakat ini saya juga telah berjaya memulakan kelas POL di beberapa SMK demi keperluan anak-anak murid saya dari SJKT.

Rakan saya yang telah memasukkan anak beliau dalam SJKT atas nasihat saya banyak merungut. Beliau seorang profesional dalam bidang perubatan. Anaknya dalam tahap 1 dan beliau menghadapi banyak masalah dalam membimbing anak beliau terutamanya dalam matapelajaran Matematik dan Sains.

Buku-buku rujukan Matematik dan Sains sangat kurang dalam bahasa Tamil.  Beban guru-guru bertambah membuat terjemahan buku SK ke Bahasa Tamil. Saya berpendapat ini kerja membuang masa padahal buku-buku rujukan sudah sedia ada dalam bahasa Malaysia. Kenapa kita tidak mahu menggunakan sumber-sumber yang sedia ada dan sengaja menyusahkan diri? 

Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia secara tidak langsung akan membantu mengukuhkan penguasaan bahasa Malaysia. Ini akan menyelesaikan pelbagai jenis masalah yang timbul dalam penguasaan Bahasa Kebangsaan dalam kalangan murid SJKT. 

Sudah beberapa kali beliau meminta pendapat saya untuk mengeluarkan anaknya dari SJKT dan mendaftarnya di sekolah swasta pula. Anak kedua dan ketiga rakan saya sudah pasti tidak akan dimasukkan ke SJKT. 

Saya bimbang SJKT akan kehilangan klien-klien profesionalnya kerana masalah-masalah sebegini. Penurunan dalam enrolmen SJKT pada masa kini berbanding zaman eteMS mungkin kerana wujudnya isu-isu sebegini. 

Pada masa yang sama, saya berdepan dengan anak-anak murid saya dari SJKT yang kini di SMK. Mereka kaku menangani matapelajaran  Sejarah, Matematik dan Sains yang kelihatan begitu janggal buat mereka.

 Transisi mempelajari matapelajaran Bahasa Malaysia dari sekolah rendah ke sekolah menengah sudahlah mencabar. Inikan pula mempelajari istilah sains yang telah dipelajari dalam Bahasa Tamil dalam Bahasa Malaysia pula. Anak-anak saya cukup tergugat dan patah semangat untuk belajar bersungguh-sungguh.

Sememangnya, masalah ini sedang  berlaku untuk jangka waktu yang lama. Bukankah kini masa yang sesuai untuk menyediakan suasana optima untuk anak-anak kita?

Pada ketika inilah artikel Uthaya menarik perhatian saya. Apa salahnya sekiranya kita memperbaiki kelemahan-kelemahan SJKT? SJKT menjadi yang terbaik dan cemerlang untuk anak bangsa? SJKT menjadi tumpuan semua rakyat Malaysia?

Maklum balas yang saya terima daripada rakan-rakan menjadi pembuka mata bahawa bukan semua berpendapat sama dengan saya. Ada segolongan berpendapat kedudukan SJKT terancam kerana artikel saya ini. 

Pepatah alang-alang pekasam , biar sampai ke pangkal lengan dan peringatan oleh John F Kennedy yang menyatakan tujuan pendidikan adalah kemajuan pengetahuan dan penyebaran kebenaran, terngiang-ngiang di telinga. 

Bukankah ada pihak-pihak tertentu yang diberi mandat untuk menjaga kebajikan sekolah Tamil? Adalah menjadi kewajipan politikus kaum India untuk memastikan SJKT muncul terserlah dan kedudukannya tidak tergugat. 

Kebalkan SJKT di mana perlu. Pastikan kebajikan guru besar dan guru-guru terpelihara walau apa perubahan dibawa masuk. Sepanjang tempoh perkhidmatan, saya memang amat teruja dengan kesabaran dan dedikasi kakitangan-kakitangan di SJKT yang amat prihatin mendidik dan mengendalikan murid-murid yang datang dengan pelbagai masalah dan cabaran. 

Saya pun ingin kempen “SJKT Pilihan Kita” berjaya cemerlang. Tetapi kenapa harus wujud situasi sehingga terpaksa berkempen untuk menjadikan SJKT sebagai pilihan masyarakat? Bukankah sesebuah institusi pendidikan pasti akan dipilih kerana kelebihannya dan sekiranya tidak bukankah wajar meneliti kelemahan yang wujud? Haruslah  kita membasmi kelemahan yang ada untuk membina serta menjamin kedudukan yang kukuh. 

Saya rela menerima pendapat serta bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengambil berat dan sanggup membantu dalam memastikan masa depan anak bangsa terjamin. Saya juga mahu anak-anak didikan saya melangkah masuk ke alam sekolah menengah dengan penuh semangat dan keyakinan.   

Pada masa yang sama, saya tergamam melihat sesetengah pihak yang tidak pernah menolong mahupun menyumbangkan walau setitik peluh untuk kebangkitan anak bangsa kini melakukan serangan peribadi terhadap saya. 

Saya masih berpegang pada kebenaran.
'Truth will always prevail.'


makalah politik tempat kerja



Dia berjalan dengan bunyi tik tak hasil daripada kasut tumitnya yang berwarna-warni.  Seorang rakan kerja berjalan sambil tersenyum lalu bertanya,
 "Dua incikah tumitnya?"
Dia terkeliru seketika,
 "Hah! Oh, kasut? Saya tak ukur pula!" Jawabnya lalu terus ke arah pejabat. 
Rakan yang tersenyum tadi terus berjalan ke kafe berdekatan. Ada rakan-rakan lain yang sedang duduk sambil minum.
 Tajuk perbualan mereka ialah rakan yang baru berjalan pergi.
“Umur sudah hampir 50 tahun tetapi memakai kasut tumit glamor.” 
“Pakaiannya pula kebaya kipas yang bukan longgar. Warna kainnya ceria. Rambut diwarna. Tidak kurang pula wangian yang disembur.” 
“Gaya ala pramugari yang datang bekerja di pejabat.”
Memang situasi sebegini kerap berlaku di banyak tempat kerja. Ada beberapa kakitangan yang menonjol dalam penampilan diri dan tatacara bekerja.  Ini mengungkitkan pelbagai kesan dan masalah.
Apa yang memeritkan keadaan ialah si dalang yang mengeruhkan situasi menjadi masalah yang besar sehingga mengganggu kerja-kerja diselesaikan dengan sempurna.
Apabila selesai bercerita, selalunya salah seorang  rakan akan membawa mulut kepada rakan bertumit tinggi tadi dan memberitahu sebagai sahabat misali beberapa perkara yang telah dibincangkan. Akan kelihatan seolah-olah nasihat yang diberikan itu amat penting.  Ia diberi kerana rakan ini sangat mengambil berat tentang sahabatnya.
Sebenarnya nasihat yang diberi berupa hasutan dan akan menimbulkan perasaan kurang puas hati di lubuk kecil rakan tersebut. Dia pula akan mula berfikir dan merisaukan diri dengan membuat spekulasi siapakah yang bercakap bukan-bukan tentang dirinya. Dia pula akan mula memandang serong ke arah rakan-rakan sekerjanya.
 Duit yang dibelanjakan untuk keperibadian dirinya hasil titik peluhnya sendiri. Kenapa pula mereka-mereka ini sibuk mengkritik dan berspekulasi?
Wujudlah ketidakselesaan apabila bergaul dengan mereka kerana hati asyik ragu-ragu dan sibuk meneka siapakah si kambing hitam yang telah menikam belakangnya.
            Lama-kelamaan, perasaan curiga akan meningkat dan menyebabkan rakan itu menjadi muram dan melatih diri untuk menjauhkan diri daripada sesiapa yang diraguinya. Ada juga rakan yang menjauhkan diri  kerana cemburu.
Timbul juga keadaan di mana rakan yang menonjol ini mempercayai sangat rakan pemberi maklumat. Lalu dia mencurah rasa curiga serta kesakitan hatinya mengenai rakan-rakan yang bergosip mengenainya.
Cerita ini pula akan berkitar dan menjadi satu racun yang akan merosakkan suasana kerja.
Apabila difikirkan sedalam-dalamnya, kakitangan yang menonjol ini akan membuat kesimpulan bahawa semua orang iri hati akan keperibadiannya yang menyerlah.
Tempat kerja haruslah dijadikan tempat yang memberi keseronokan dan ketenangan. Sekiranya tidak wujud keharmonian di tempat kerja, kemungkinan gangguan akan berlaku dalam menyempurnakan kerja.
Ia juga boleh menyebabkan kemurungan. Sementelahan, situasi yang semakin keruh boleh mencetuskan pergaduhan dan menjadikan suasana kerja yang amat tidak selesa.
Akhirnya yang menjadi mangsa ialah hasil kerja. Tidak juga dapat dinafikan bahawa seseorang kakitangan atau pekerja yang berkaliber menjadi kurang produktif kerana masalah sebegini.
Persoalan yang timbul, haruskah seseorang yang berkeperibadian tinggi mengurangkan penonjolan dirinya atau perlukah masyarakat di kelilingnya mengubah perangai.Perlukah pula seseorang yang diperlakukan sebegini mengamalkan sikap tidak endahkan situasi tersebut dan meneruskan kerja dengan profesional.

Gejala-gejala sebegini yang mengganggu alam kerja boleh dibendung dan diubah untuk menjadikan suasana yang lebih kondusif,  mesra dan selesa.
Ceramah motivasi  kerja boleh dijalankan  dari semasa ke semasa di mana kakitangan yang kurang pandai menceriakan diri didedahkan kepada cara penyerlahan peribadi.
 Bengkel gaya diri seperti sesi perawatan kaki dan tangan, rawatan muka, mendandan serta menghias rambut juga boleh diadakan sebagai aktiviti  untuk meninggikan keperibadian pekerja dan pada masa yang sama keyakinan diri terbina.  
Di samping itu, aktiviti-aktiviti rekreasi wajar dirancang dan dijalankan oleh pihak pengurusan untuk merapatkan jurang pergaulan antara kakitangan. Bah kata pepatah, ‘tak kenal, maka tak cinta’.
Dengan bergaul dan menjalankan pelbagai  aktiviti bersama, anggota syarikat akan dapat membina hubungan silaturahim yang membolehkan rakan-rakan sekerja menyedari bahawa mereka boleh dan perlu bergaul mesra dan bekerjasama bagai aur dengan tebing demi etika pekerjaan dan juga kepentingan organisasi.  
Mereka juga boleh mengetahui bahawa rakan yang menonjol itu sebenarnya bukan sombong ataupun angkuh. Banyak juga panduan gaya diri yang boleh dipelajari daripadanya.
Sememangnya, semua kakitangan boleh menjadi lebih sofistikated, bergaya dan membina keyakinan diri yang tinggi.
Segala langkah positif memperbaiki kekeruhan situasi di pejabat menjadi tanggungjawab setiap anggota agensi. Pentadbir berfungsi memberi idea dan tunjuk ajar untuk meruntuhkan tembok ego antara ahli pertubuhan. 
Setiap anggota syarikat perlu bertekad dan bekerjasama menjayakan segala aktiviti dan berusaha mengikis sikap serta perasaan negatif yang mengganggu kualiti kerja.
Dengan berjayanya aktiviti-aktiviti proaktif sebegini, suasana harmonis di tempat kerja dan produktivit maksimum bolehlah diharapkan.

karangan/ulasan upsr- Menjaga kesihatan diri

Tuliskan cara-cara menjaga kesihatan diri

            Menjaga kesihatan diri ialah mencegah diri daripada dijangkiti penyakit. Ia merupakan faktor terpenting dalam membentuk hidup yang sihat dan sejahtera. Terdapat beberapa aspek penting yang harus diutamakan untuk menjamin kesihatan diri yang optima.

             Kebersihan merupakan aspek terpenting dalam menjaga kesihatan. Kita mestilah menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita juga perlulah mandi dengan menggunakan sabun dan syampu untuk membersihkan kulit dan rambut kita. Kita juga haruslah memastikan kuku jari dan kuku kaki dipotong pendek dan dijaga kebersihannya.

              Makanan seimbang sangat penting untuk memastikan kesihatan diri terjamin. Pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak akan meningkatkan imuniti badan. Pemakanan makanan berkanji, protein dan lemak mengikut piramid makanan akan memastikan pembesaran dan kesihatan optima dicapai.Masalah obesiti juga boleh dikawal. Minum 10 gelas air sehari juga amat penting untuk menjaga kesihatan diri. Ini akan mengawal suhu badan kita.

              Selain daripada menjaga kebersihan dan pemakanan yang baik, kita juga harus bersenam dengan kerap. Mempunyai hobi yang menyebabkan kita berpeluh dengan banyak adalah baik untuk diri kita.

              Seterusnya, tidur dan rehat yang cukup sangat penting untuk menjadikan hidup kita sihat. Tanpa tidur yang secukupnya kesihatan sememangnya akan terganggu. Seseorang murid perlu tidur untuk sekurang-kurangnya lapan jam sehari.

              Apabila kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga kebersihan diri secara optima, makan makanan seimbang, minum air yang cukup, bersenam serta berehat dengan secukupnya serta mengamalkan aktiviti berekreasi secara berkala, hidup kita pasti akan bahagia dan sejahtera.

            

karangan upsr- dialog- masalah disiplin remaja

Kamu dan rakan kamu berbual-bual tentang masalah disiplin remaja yang semakin membimbangkan. Tulis dialog antara kamu dengan rakan kamu itu.

Arul:    Hai, Ramli! Selamat pagi. Kamu sudah habis makan?

Ramli: Sudah tentu, Arul. Loceng akan berbunyi sekejap lagi.

Arul: Ya, memang betul. Eh, Ramli! Kenapa si Shamsul didenda di khalayak pagi tadi? Apa kesalahannya?

Ramli: Hai, Arul! Awak tidak mendengar senarai kesalahan yang dibacakan oleh guru disiplin sebelum mendendanya ke? Shamsul telah merosakkan kereta Pn Rohana kerana Pn Rohana telah menegurnya di kelas. Shamsul banyak masalah disiplin. Dia sering ponteng sekolah dan pernah ditangkap merokok pula.

Arul: Oh, begitu! Memang kebelakangan ini masalah disiplin amat membimbangkan di kalangan ramaja. Amat menyedihkan! Kenapa boleh terjadi begini, Ramli?

Ramli: Yalah, Arul. Ibu bapa pada masa kini terlalu sibuk mencari wang sehingga gagal menumpukan perhatian kepada anak-anak mereka. Kerana kurang perhatian, remaja menjadi lali dan tidak berdisiplin.

Arul: Memang betul kata awak. Remaja yang terbiar menjadi lebih liar. Apabila seronok dengan kebebasan mereka mula ingkar kepada peraturan dan nasihat orang tua. Mulalah mereka ponteng sekolah. Apabila dipaksa pergi ke sekolah mereka pun membuli rakan dan melawan kata guru kerana mereka benci datang ke sekolah.

Ramli: Betul kata awak, Arul. Dengan kebebasan yang baharu ini mereka juga mencuba untuk merokok dan membuat aktiviti-aktiviti lain yang tidak berfaedah.

Arul: Akibatnya, pelajaran mereka merosot. Sikap mereka ini bukan sahaja memalukan ibu bapa tetapi juga menjadikan hidup pelajar itu sendiri musnah.

Ramli: Hmmm. Tepat sekali penjelasan awak Arul. Janganlah kita terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang akan memundurkan kita nanti. Eh, loceng sudah berbunyi. Mari kita masuk kelas mengikut masa.

Arul: Sudah tentu, Ramli. Masa itu kan emas.